tag:blogger.com,1999:blog-62758669440083150582024-02-19T08:00:14.069-08:00UNTUKBONDABadarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.comBlogger67125tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-73734085813917454332012-03-02T06:20:00.002-08:002012-03-02T06:20:44.209-08:00Bertugas sebagai pegawai khas di KIST Putrajaya

Hari ini genaplah sebulan aku bertugas di KIST Putarajaya. Aku telah melaporkan diri pada 2 Feb. 2012 yang lepas. Inilah kali pertama aku bekerja dengan swasta.....suasananya agak berlainan. Walau bagaimanapun, tugas ku hanya untuk berurusan dengan MQA, KPT dan 9 kolej di bawah Kumpulan KIST dan juga UNIKIST. Waktu kerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 dari Isnin ke Jumaat. Hari Sabtu minggu pertama dan ketiga hanya perlu datang jika ada tugas2 khas yang perlu dilaksanakan. Aku harap dapat memberi sumbangan berguna kepada KIST dan pendidikan swasta.
Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-89512350972527095112012-01-31T06:21:00.001-08:002012-01-31T06:21:21.217-08:00Cucu ku .........Nurul Izzah Amani

Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-60301074032252059052012-01-24T06:55:00.000-08:002012-01-24T06:55:11.054-08:00Bersama cucu ku, Nurul Izzah Amani

Alhamdulillah, pada 23 Jan. 2012 telah diadakan majlis al-kekah untuk cucu ku yang mencapai usia 33 hari di rumah ku. Ramai jiran, saudara mara dan sahabat yang hadir. Majlis diserikan dengan marhaban (wanita) dan bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat (lelaki). Semoga cucu ku mendapat keberkatan dan rahmat Allah dan menjadi anak yang soleh.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-43825229966037397422011-12-24T03:07:00.000-08:002011-12-24T03:08:11.740-08:00Cucu ku .......Nurul Izzah Amani bt. Luqman Hakim

Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-51661846319731624532011-12-21T05:25:00.000-08:002011-12-21T05:25:34.245-08:00Cucu ku.....Nurul IzzahAlhamdulillah, pada jam 10.30 malam (Selasa) 20 Disember 2011, cucu ku telah selamat dilahirkan di Hospital Batu Pahat. Kami telah berkunjung ke BP pada keesokannya untuk menziarahi kedua-dua ibu dan anak. Menantu ku, Faridah telah dibenarkan keluar daripada hospital, Walau bagaimanapun, cucu ku masih ditahan di wad khas kerana kurang sihat. Semoga dia sihat sepenuhnya dan dapat bersama2 ibu dan abahnya. Mulai hari ini, kami bergelar tok dan nenek. Umur ku pun dah mencapai 60 tahun pada 22 Muharram 1433 yang lalu.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-27067227382336232612011-12-02T06:45:00.001-08:002011-12-02T06:51:41.858-08:00Bersara kali ke-2Hari ini adalah hari terakhir ku berkhidmat sebagai pegawai kontrak di MQA setelah bertugas selama7 bulan sejak bulan Mei 2011. Tugasku buat kajian Pelaksanaan MPW di IPTS telah selesai dan laporannya telah dibentangkan pada 30 Nov. 2011 dan diterima baik oleh MQA.

Ketika ini masih belum ada rancangan untuk masa depan...mungkin berehat dulu beberapa hari sebelum memikirkan apa nak buat seterusnya.

Bebas........Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-72825377295853577392011-11-10T02:23:00.000-08:002011-12-02T06:51:44.337-08:00Hari Raya Eidul Adha 1432

Semua ahli keluarga ku berada di rumah pada hari raya haji (termasuk dua orang menantu).Kami telah pergi ke rumah mak di Ampang Campuran dan rumah Pak Anjang di Taman Keramat.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-63542375875672462492011-10-31T19:08:00.000-07:002011-10-31T19:08:18.806-07:00Bulan Ulangtahun KelahiranBulan Oktober ini merupakan bulan yang paling banyak menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluarga. Ianya dimulai oleh Farahana pada 6 Oktober (27 tahun), diikuti oleh diri ku pada 12 Oktober (59 tahun). Seterusnya Dek Min pada 21 Oktober (19 tahun) dan Qayyum pada 30 Oktober (20 tahun). Pada 4 November pula adalah ulangtahun kelahiran Azim (26 tahun).Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-3888827176915911892011-09-04T07:15:00.001-07:002011-09-04T07:15:33.294-07:00

Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-67578075091023542922011-09-04T06:50:00.000-07:002011-09-04T07:03:13.310-07:00Sambutan Eidul FitriRaya pertama - di rumah mak di Ampang Campuran dan K.Pilah (Abang Bakar dan abang Ya)
Raya kedua - di rumah Zauyah (Taman Sepakat), Faridah (Taman Berlian) dan Kak Rahmah (Taman Koperasi Polis)

Raya ketiga - di Kuantan (rumah Yah, Kak Sanah, Abang Mat, Kak Long dan Zainal) dan Temerloh (rumah Ngah Ti)

Raya keempat - di Raub (rumah Mi, Aman Jah, ateh Sharin, abang Din, Kama dan Idrus)

Raya kelima - di Kuala Lipis (rumah Kak Engku, Pak Andak Bostamam, Cu Lijah, Teh Mah dan Tam Sabri)

Raya keenam - di rumah....meraikan Abang Mahmud dan anak2 dan cucunya serta Noorhanizam dan anak2 juga Suffian. Ina (Alifi) dan anak2 juga turut datang.
Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-89569859605622381242011-08-30T18:06:00.000-07:002011-08-30T18:12:47.063-07:00Selamat Hari Raya Eidul FitriAlhamdulillah, bersyukur ke hadarat Illahi kerana dipanjangkan umur dan berpeluang menunaikan puasa Ramadhan dan menyambut Eidul Fitri Al-Mubarak. Inilah kali pertama kami menyambutnya tanpa dua anak yang sudah berkahwin disamping kami. Luqman berhari raya di rumah mentuanya di Batu Pahat dan Farah pula di rumah mentuanya di Banting. Tinggallah kami 7 orang sahaja. Selepas mengunjugi mak di Ampang Campuran, kami telah berkunjung ke Kg. Tengah dan Kg. Gamin K.Pilah untuk berhari raya dengan saudara mara di sana.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-65032693167539178592011-08-16T17:54:00.000-07:002011-08-16T18:09:25.943-07:00Ulangtahun ke 23 pemergian bonda ku yang tercintaPada pagi subuh 17 Ramadhan 1408 sempena Nuzul Quran, bondaku telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Beliau telah kembali kerahmatullah pada usia 67 tahun. Bonda telah ku bawa ke KL untuk melihat anak ku yang ke-5 (Muhammad Faiz) yang dilahirkan pada 1 Ramadhan 1408. Pemergiannya amat mengejutkan sekali dan masih terasa hingga ke hari ini. Jenazah bonda ku telah di bawa ke kampung dan disemadikan di tanah perkuburan Dong, Raub. Semoga roh nya diampuni Allah dan sentiasa dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan bersama-sama mukiminin-mukminat dan solihin-solihat. Al-Fatihah.......Amin.

Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-60832553422838630252011-07-03T07:33:00.000-07:002011-07-03T07:56:53.643-07:00Innalillahi wainaillaihi rajiun....Al-Fatihah

Pada hari Isnin 27 Jun 2011, cucu ku dalam kandungan ibunya Farah Hana telah disahkan meninggal dunia oleh doktor Hospital Ampang. Ketika meninggal, cucu ku sudah pun memasuki bulan ke-7 dalam kandungan ibunya. Farah telah dimasukkan ke hospital pada hari Isnin sehinggalah jenazah cucu ku dilahirkan ke dunia pada hari Sabtu, 2 Julai 2011, jam 2.30 pg. Jenazah cucu ku telah dimandi dan dikafankan sebelum dibawa pulang ke rumah jam 5.00 pg. Urusan solat jenazah dilaksanakan di Masjid Ubudiah pada jam 10.30 pg dan selamat dikebumikan pada jam 12.00 tengahari. Sebelah malam telah diadakan majlis baca Yassin, tahlil dan bacaan doa selamat. Farah telah keluar dari Hospital Ampang pada jam 3.30 ptg. Al-Fatihah ......semoga roh cucu ku dirahmati Allah..........Amin.

Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-84848663413049705172011-06-22T07:45:00.000-07:002011-06-22T07:51:08.163-07:00Pembedahan mata kali keduaPada 22 Jun 2011, Anna sekali lagi telah menjalani pembedahan mata...sebelah kanan. Operatio tersebut telah berjalan lancar...tiada komplikasi. Anna perlu berehat selama 2 minggu daripada memasak dan kerja-kerja berat, membongkok dan sebagainya. Terpaksalah kami menderita dua minggu ...tak dapat makan sedap. Mujur ada Dek Min yang jadi tukang masak sementara...ok lah. Mata kiri Anna dah ok dan penglihatannya telah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah. diharapkan pembedahan kedua ini akan memulihkan pula penglihatan mata kanannya. Insya'Allah.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-88767216578651261342011-05-23T19:19:00.000-07:002011-05-23T19:24:37.541-07:00Pembedahan MataPada 11 Mei 2011, isteri ku telah menjalani pembedahan mata kiri di Hospital Mata Tun Hussein Onn, PJ untuk membuang katarak dan menukar lensa bagi mengatasi masalah kekaburan matanya akibat daripada penyakit kencing manis yang dihidapinya. Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya dilaksanakan dan memberi kesan yang positif....pemandanganya hampir pulih. Walau bagaimanapun, mungkin bulan hadapan Anna akan menjalani satu lagi pembedahan untuk mata kanan bagi memulihkan sepenuhnya penglihatan beliau. Semoga pembedahan kedua ini juga berjaya dilaksanakan.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-64593219772824173672011-05-06T01:25:00.000-07:002011-05-06T01:34:53.028-07:00Pegawai Kontrak di MQAPada 3 Mei 2011 (Selasa) aku melaporkan diri di MQA sebagai seorang pegawai kontrak untuk tempoh 7 bulan (hingga 2 Disember 2011). Aku telah diberikan tugas untuk menyiapkan satu kajian bertajuk "Keberkesanan Pelaksanaan Mata Pelajaran Wajib di IPTS". Terpaksalah aku menyesuaikan diri semula sebagai seorang pekerja di agensi kerajaan.....mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Aku rasa macam bertugas semula setelah bercuti selama 6 bulan sejak 12 Oktober 2010.....dah jadi macam biasa balik...seperti dulu. Cuma, kini aku kerja seorang diri tanpa ada lagi pegawai dan staf lain sebagai anak buah. Buat sementara ni aku menumpang bilik aku yang lama..masih kosong...tidak terusik sepertimana semasa ditinggalkan pada 11 Oktober 2010.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-10721104407758886622011-04-13T17:13:00.000-07:002011-04-13T17:26:41.439-07:00Umrah di MekahAku dan Anna telah pergi ke Mekah mengerjakan umrah dan ziarah di Madinah pada 2 April 2011 hingga 12 April 2011. Kami bertolak dari KLIA ke Jeddah dengan flight MAS jam 10.00 malam. Tiba di Jeddah jam 7.00 pg dan terus menaiki bas menuju Madinah. Sampai di Madinah waktu zohor dan tinggal di Hotel Movernpik selama 2 malam. Pada 5 April 2011 kami menaiki bas menuju Mekah. Singgah di Masjid Ben Ali untuk niat umrah dan terus ke Mekah. Kami kerjakan umrah pertama jam 12.00 mlm dan berakhir lebihkurang jam 3.00 pagi. Kami tinggal di Mekah hingga 11 April 2011. Semasa di Mekah kami dapat laksanakan 4 kali umrah dan 3 kalitawaf sunat dan wada'. disamping itu kami juga menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah, Masjid di Jakranah, Tanaim, Hudaibiah dan Qibalatain. Sungguh seronok dapat mengerjakan umrah bersama-sama dengan jemaah lain dari berbagai negara seperti Indonesia, Pakistan, Turki dan negara2 Arab. Sungguh ramai jemaah mengerjakan umrah seperti musim haji. Insya'Allah, kami akan datang lagi untuk mengerjakan umrah.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-28182358765237442622011-03-23T21:16:00.000-07:002011-03-23T21:21:36.612-07:00Perkahwinan Luqman dan FaridahAnak sulung ku, Luqman telah selamat diijabkabul dengan Faridah di Batu Pahat, Johor pada 13 Mac 2011 (hari ulangtahun kelahiran beliau). Majlis perkahwinan telah diadakan di Kg. Solok Wan Moh, B.Pahat. Majlis menyambut menantu pula diadakan pada 19 Mac 2011 (Sabtu) di rumah ku di Ampang. Ramai sanak saudara, sahabat handai dan rakan tolan yang hadir meraikan majlis tersebut. Semoga mereka berdua suami isteri berbahagia sehingga ke akhir hayat.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-24974810880583812152011-03-23T21:07:00.000-07:002011-03-23T21:14:34.415-07:00Anna di Hospital AmpangPada 8 Mac 2011, isteriku Anna telah dimasukkan ke Hospital Ampang (Wad 6C) kerana mengidap penyakit kecing manis yang serius. Sebelum ke hospital aku telah bawa Anna ke klinik Dr. Makmur, dimana doktor bertugas mengarahkan untuk dibawa ke hospital segera. Pihak hospital telah membuat pemeriksaan teliti dan Anna dimasukkan ke Wad pada jam 5.30 petang. Beliau mendapat rawatan sehingga 17 Mac, barulah dibenarkan keluar dari hospital. Keadaannya ketika ini beransur pulih. Walau bagaimanapun bacan darahnya masih belum stabil..ada masa tinggi...rendah. Setiap hari terpaksa makan ubat pills dan suntik insulin. Semoga isteriku cepat sembuh seperti sediakala.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-39388235576728061442010-12-31T16:23:00.000-08:002010-12-31T16:36:01.408-08:00Ulangtahun Perkahwinan ke-32
Majlis pernikahan anak ku Farah Hana dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Tarikh tersebut merupakan tarikh perkahwinan aku dan anna pada 17 Disember 1978. Sempena majlis pernikahan Farah, aku dan Anna juga telah menyambut ulangtahun ke-32 perkahwinan kami. Semoga kehidupan kami akan bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga. Untuk mengingati tarikh tersebut aku dan Anna telah duduk atas pelamin sebagai pengantin lama dan diapit oleh Farah dan Azamy.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-25127789585387116812010-12-27T15:02:00.000-08:002010-12-27T15:11:31.989-08:00Pertunangan Luqman dengan FaridahPada 26 Disember 2010, kami telah ke Batu Pahat kerana menghadiri majlis pertunangan Luqman dan Faridah. Lebih kurang 30 orang telah turut serta dalam rombongan dari KL dengan lapan buah kereta. Majlis diadakan pada jam 12.30 tgh dan berakhir setengah jam kemudian. Selepas itu sebahagian dari kami telah singgah di Air Hitam utk shopping. Macam-macam yang dibeli utk dibawa pulang. Dalam perjalan kami telah terperangkap dengan traffic jam di kawasan Pedas...mungkin kerana peminat bola ingin ke Stadium Bukit Jalil atau orang pulang bercuti setelah Krismas. Kami terpaksa masuk ke Senawang untuk ke lebuhraya Lekas ke Kajang dan seterusnya ke Cheras bagi mengelakkan jam. sampai di rumah jam 8.00 malam ..keletihan.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-83450718012708565102010-12-23T05:29:00.000-08:002010-12-23T05:43:11.191-08:00Perkahwinan anak ku Farah HanaMajlis pernikahan Farah dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Aku sendiri telah menikah kedua-duanya di rumah. Majlis kenduri telah diadakan. Pada 18 Disember 2010, Sabtu, majlis perkahwinan diadakan. Ramai jemputan, tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang hadir ---dianggar melebihi 1,500 orang hadir termasuk mereka daripada MQA, EPRD, IPT, SMKTT, Negri Sembilan dan Pahang.

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan mereka yang telah memberi sumbangan, tenaga dan wang ringgit termasuk jiran-jiran yang telah bekerjasama membenarkan kawasan rumah digunakan bagi menjayakan majlis tersebut.

Semoga sumbangan dan kerjasama yang serupa dapat diberikan pada masa hadapan. Dijangka pada bulan Mac 2011 satu lagi majlis perkahwinan akan diadakan ....untuk Luqman.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-17574746232871650432010-10-31T01:06:00.000-07:002010-10-31T01:15:17.600-07:00Perkahwinan Nurulbahtiah Dan Reunion SMTKMajlis perkahwinan Nurul dan Farid telah diadakan di Dewan Besar UTM, kampus KL pada 30 Oktober 2010. Ramai saudara mara yang hadir dari Pahang, NS dan sekitar KL . Aku hanya dapat hadir hingga jam 3.00ptg sahaja kerana terpaksa pergi ke Majlis Reunion Bekas Pelajar SM Tengku Kudin Raub di Hotel Putra, Jln. Tun Razak, KL. Seronok dapat berjumpa kembali bengan pelajar-pelajar tahun 1977 - 81 yang kebanyakannya tinggal disekitar KL. Ada juga yang datang dari Pahang (Raub, Bentung & Temerloh), malah terdapat empt bekas pelajar yang datang dari Sarawak. Cikgu Md. Bae dan Cikgu Tajudin juga turut hadir. Ada rancangan supaya satu perjumpaan yang lebih besar akan diadakan di SMTK, Raub pada tahun hadapan. Semoga ianya menjadi kenyataan.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-81153356221427033422010-10-25T23:11:00.000-07:002010-10-25T23:26:48.068-07:00Kebebasan masaHari ini genaplah dua minggu aku bersara. Pada mulanya memang terasa juga kesunyian tanpa rakan sekerja. Tetapi, akhir-akhir ini aku merasa seronok pula kerana mendapat kenikmatan dan kebebasan waktu untuk melakukan apa yang aku suka pada bila-bila masa. Aku tak perlu lagi memikirkan trafik jam untuk pergi kerja dan kesibukan kerja. Aku mempunyai banyak masa dan dapat buat apa yang ingin lakukan selama ini. Aku bebas ke mana-mana dan pada bila-bila masa. Minggu lepas aku telah melancung ke Langkawi bersama-sama isteriku yang tercinta. Seronok berada di sana tanpa perlu memikirkan masalah kerja dan sebagainya. Walau bagaimanapun, aku hanya menikmati kebebasan masa tapi tidak kebebasan kewangan. Ketika ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya sekali iaitu kebebasan masa dan kewangan.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6275866944008315058.post-44097743751815203592010-10-12T17:27:00.000-07:002010-10-12T17:36:23.772-07:00Persaraan WajibPada 12 Oktober 2010, genaplah umur ku 58 tahun dan merupakan hari permulaan ku bersara dari MQA dan perkhidmatan kerajaan. Aku telah berkhidmat selama 34 tahun, 3 bulan dan 11 hari (411 bulan) sejak menjadi guru di Sekolah Menengah Tengku Kudin pada 1 Jun 1976, pegawai di Kementerian Pendidikan (1987 - 1998) dan seterusnya di LAN/MQA dari 2 Mei 1998 hingga 11 Oktober 2010. Pada hari akhir aku berkhidmat, satu jamuan perpisahan telah di adakan di MQA. Gembira dan sedih bercampur-baur. Gembira kerana lepas daripada tanggungjawab dan dapat berehat dan sedih meninggalkan MQA dan kawan-kawan. Aku perlu berehat 2-3 minggu sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah bagi memenuhi waktu ku yang akan terluang. Semoga keputusan itu nanti akan membawa kebaikan dan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.Badarhttp://www.blogger.com/profile/09380148010674796118noreply@blogger.com1