Friday, March 2, 2012

Bertugas sebagai pegawai khas di KIST Putrajaya


Hari ini genaplah sebulan aku bertugas di KIST Putarajaya. Aku telah melaporkan diri pada 2 Feb. 2012 yang lepas. Inilah kali pertama aku bekerja dengan swasta.....suasananya agak berlainan. Walau bagaimanapun, tugas ku hanya untuk berurusan dengan MQA, KPT dan 9 kolej di bawah Kumpulan KIST dan juga UNIKIST. Waktu kerja adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 dari Isnin ke Jumaat. Hari Sabtu minggu pertama dan ketiga hanya perlu datang jika ada tugas2 khas yang perlu dilaksanakan. Aku harap dapat memberi sumbangan berguna kepada KIST dan pendidikan swasta.

Tuesday, January 24, 2012

Bersama cucu ku, Nurul Izzah Amani

Alhamdulillah, pada 23 Jan. 2012 telah diadakan majlis al-kekah untuk cucu ku yang mencapai usia 33 hari di rumah ku. Ramai jiran, saudara mara dan sahabat yang hadir. Majlis diserikan dengan marhaban (wanita) dan bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat (lelaki). Semoga cucu ku mendapat keberkatan dan rahmat Allah dan menjadi anak yang soleh.

Wednesday, December 21, 2011

Cucu ku.....Nurul Izzah

Alhamdulillah, pada jam 10.30 malam (Selasa) 20 Disember 2011, cucu ku telah selamat dilahirkan di Hospital Batu Pahat. Kami telah berkunjung ke BP pada keesokannya untuk menziarahi kedua-dua ibu dan anak. Menantu ku, Faridah telah dibenarkan keluar daripada hospital, Walau bagaimanapun, cucu ku masih ditahan di wad khas kerana kurang sihat.  Semoga dia sihat sepenuhnya dan dapat bersama2 ibu dan abahnya. Mulai hari ini, kami bergelar tok dan nenek. Umur ku pun dah mencapai 60 tahun pada 22 Muharram 1433 yang lalu.

Friday, December 2, 2011

Bersara kali ke-2

Hari ini adalah hari terakhir ku berkhidmat sebagai pegawai kontrak di MQA setelah bertugas selama7 bulan sejak bulan Mei 2011. Tugasku buat kajian Pelaksanaan MPW di IPTS telah selesai dan laporannya telah dibentangkan pada 30 Nov. 2011 dan diterima baik oleh MQA.

Ketika ini masih belum ada rancangan untuk masa depan...mungkin berehat dulu beberapa hari sebelum memikirkan apa nak buat seterusnya.

Bebas........

Thursday, November 10, 2011

Hari Raya Eidul Adha 1432

Semua ahli keluarga ku berada di rumah pada hari raya haji (termasuk dua orang menantu).Kami telah pergi ke rumah mak di Ampang Campuran dan rumah Pak Anjang di Taman Keramat.