Sunday, October 31, 2010

Perkahwinan Nurulbahtiah Dan Reunion SMTK

Majlis perkahwinan Nurul dan Farid telah diadakan di Dewan Besar UTM, kampus KL pada 30 Oktober 2010. Ramai saudara mara yang hadir dari Pahang, NS dan sekitar KL . Aku hanya dapat hadir hingga jam 3.00ptg sahaja kerana terpaksa pergi ke Majlis Reunion Bekas Pelajar SM Tengku Kudin Raub di Hotel Putra, Jln. Tun Razak, KL. Seronok dapat berjumpa kembali bengan pelajar-pelajar tahun 1977 - 81 yang kebanyakannya tinggal disekitar KL. Ada juga yang datang dari Pahang (Raub, Bentung & Temerloh), malah terdapat empt bekas pelajar yang datang dari Sarawak. Cikgu Md. Bae dan Cikgu Tajudin juga turut hadir. Ada rancangan supaya satu perjumpaan yang lebih besar akan diadakan di SMTK, Raub pada tahun hadapan. Semoga ianya menjadi kenyataan.

Monday, October 25, 2010

Kebebasan masa

Hari ini genaplah dua minggu aku bersara. Pada mulanya memang terasa juga kesunyian tanpa rakan sekerja. Tetapi, akhir-akhir ini aku merasa seronok pula kerana mendapat kenikmatan dan kebebasan waktu untuk melakukan apa yang aku suka pada bila-bila masa. Aku tak perlu lagi memikirkan trafik jam untuk pergi kerja dan kesibukan kerja. Aku mempunyai banyak masa dan dapat buat apa yang ingin lakukan selama ini. Aku bebas ke mana-mana dan pada bila-bila masa. Minggu lepas aku telah melancung ke Langkawi bersama-sama isteriku yang tercinta. Seronok berada di sana tanpa perlu memikirkan masalah kerja dan sebagainya. Walau bagaimanapun, aku hanya menikmati kebebasan masa tapi tidak kebebasan kewangan. Ketika ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya sekali iaitu kebebasan masa dan kewangan.

Tuesday, October 12, 2010

Persaraan Wajib

Pada 12 Oktober 2010, genaplah umur ku 58 tahun dan merupakan hari permulaan ku bersara dari MQA dan perkhidmatan kerajaan. Aku telah berkhidmat selama 34 tahun, 3 bulan dan 11 hari (411 bulan) sejak menjadi guru di Sekolah Menengah Tengku Kudin pada 1 Jun 1976, pegawai di Kementerian Pendidikan (1987 - 1998) dan seterusnya di LAN/MQA dari 2 Mei 1998 hingga 11 Oktober 2010. Pada hari akhir aku berkhidmat, satu jamuan perpisahan telah di adakan di MQA. Gembira dan sedih bercampur-baur. Gembira kerana lepas daripada tanggungjawab dan dapat berehat dan sedih meninggalkan MQA dan kawan-kawan. Aku perlu berehat 2-3 minggu sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah bagi memenuhi waktu ku yang akan terluang. Semoga keputusan itu nanti akan membawa kebaikan dan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sunday, October 10, 2010

Majlis Akad Nikah NurulBahtiah

Kami telah hadir majlis pernikahan Nurul di rumah pak anjang pada jam 10.30 pg di rumahnya. Aku dan Abang Din menjadi saksi pernikahan tersebut. Ramai sanak saudara yang hadir termasuk Yah, Norhanizam, Siti Norhayati, Faridah, Atan, Zauyah, Alan, Ida, Jalil, Iza dan lain-lain lagi. Agak meriah juga majlis tersebut kerana ramai jemputan hadir. Aku balik jam 2.00 petang. Faridah, Nor, Jalil & isteri telah datang ke rumah aku selepas itu.