Wednesday, June 30, 2010

Pertunangan anak Kama dan Mah

Pada 26 Jun 2010, aku dan Anna balik ke Raub kerana menghadiri majlis pertunangan anak Kama dan Mah di Taman Rotan Tunggal, Raub. Ramai saudara mara yang hadir termasuk Kak Sanah dan Pak Itam, Mahmud dan Kak Jal, Abang Din dan lain-lain. Lepas majlis tu kami pergi pula ke Pamah Kulat menghadiri majlis perkahwinan cucu Kak Mah dan seterusnya balik ke Raub menghadiri satu lagi majlis perkahwinan iaitu anak Adnan (bekas office boy SMTK/adik Abu Samah). Kami balik selepas Asar. Malam pula, makan di luar (Luqman belanja) di Taman Melawati.

Sunday, June 27, 2010

Dek Min masuk UNISEL


Pada 20 Jun 2010, aku, Anna dan Faiz telah menghantar Dek Min ke Bestari Jaya untuk mendaftar sebagai pelajar UNISEL bagi mengikuti program Diploma Pendidikan Prasekolah. Program ini mengambil masa selama dua tahun setengah iaitu hingga akhir 2012. Aku harap anak aku ni akan belajar bersungguh-sungguh supaya memperolehi diploma berkenaan dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran di IPT lain untuk peringkat ijazah dalam bidang yang sama. Diharapkan beliau akan menjadi seorang guru yang baik dan berdedikasi pada masa hadapan.