Monday, May 23, 2011

Pembedahan Mata

Pada 11 Mei 2011, isteri ku telah menjalani pembedahan mata kiri di Hospital Mata Tun Hussein Onn, PJ untuk membuang katarak dan menukar lensa bagi mengatasi masalah kekaburan matanya akibat daripada penyakit kencing manis yang dihidapinya. Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya dilaksanakan dan memberi kesan yang positif....pemandanganya hampir pulih. Walau bagaimanapun, mungkin bulan hadapan Anna akan menjalani satu lagi pembedahan untuk mata kanan bagi memulihkan sepenuhnya penglihatan beliau. Semoga pembedahan kedua ini juga berjaya dilaksanakan.

Friday, May 6, 2011

Pegawai Kontrak di MQA

Pada 3 Mei 2011 (Selasa) aku melaporkan diri di MQA sebagai seorang pegawai kontrak untuk tempoh 7 bulan (hingga 2 Disember 2011). Aku telah diberikan tugas untuk menyiapkan satu kajian bertajuk "Keberkesanan Pelaksanaan Mata Pelajaran Wajib di IPTS". Terpaksalah aku menyesuaikan diri semula sebagai seorang pekerja di agensi kerajaan.....mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Aku rasa macam bertugas semula setelah bercuti selama 6 bulan sejak 12 Oktober 2010.....dah jadi macam biasa balik...seperti dulu. Cuma, kini aku kerja seorang diri tanpa ada lagi pegawai dan staf lain sebagai anak buah. Buat sementara ni aku menumpang bilik aku yang lama..masih kosong...tidak terusik sepertimana semasa ditinggalkan pada 11 Oktober 2010.