Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

Alhamdulillah, bersyukur ke hadarat Illahi kerana dipanjangkan umur dan berpeluang menunaikan puasa Ramadhan dan menyambut Eidul Fitri Al-Mubarak. Inilah kali pertama kami menyambutnya tanpa dua anak yang sudah berkahwin disamping kami. Luqman berhari raya di rumah mentuanya di Batu Pahat dan Farah pula di rumah mentuanya di Banting. Tinggallah kami 7 orang sahaja. Selepas mengunjugi mak di Ampang Campuran, kami telah berkunjung ke Kg. Tengah dan Kg. Gamin K.Pilah untuk berhari raya dengan saudara mara di sana.

Tuesday, August 16, 2011

Ulangtahun ke 23 pemergian bonda ku yang tercinta

Pada pagi subuh 17 Ramadhan 1408 sempena Nuzul Quran, bondaku telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Beliau telah kembali kerahmatullah pada usia 67 tahun. Bonda telah ku bawa ke KL untuk melihat anak ku yang ke-5 (Muhammad Faiz) yang dilahirkan pada 1 Ramadhan 1408. Pemergiannya amat mengejutkan sekali dan masih terasa hingga ke hari ini. Jenazah bonda ku telah di bawa ke kampung dan disemadikan di tanah perkuburan Dong, Raub. Semoga roh nya diampuni Allah dan sentiasa dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan bersama-sama mukiminin-mukminat dan solihin-solihat. Al-Fatihah.......Amin.