Wednesday, March 23, 2011

Perkahwinan Luqman dan Faridah

Anak sulung ku, Luqman telah selamat diijabkabul dengan Faridah di Batu Pahat, Johor pada 13 Mac 2011 (hari ulangtahun kelahiran beliau). Majlis perkahwinan telah diadakan di Kg. Solok Wan Moh, B.Pahat. Majlis menyambut menantu pula diadakan pada 19 Mac 2011 (Sabtu) di rumah ku di Ampang. Ramai sanak saudara, sahabat handai dan rakan tolan yang hadir meraikan majlis tersebut. Semoga mereka berdua suami isteri berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Anna di Hospital Ampang

Pada 8 Mac 2011, isteriku Anna telah dimasukkan ke Hospital Ampang (Wad 6C) kerana mengidap penyakit kecing manis yang serius. Sebelum ke hospital aku telah bawa Anna ke klinik Dr. Makmur, dimana doktor bertugas mengarahkan untuk dibawa ke hospital segera. Pihak hospital telah membuat pemeriksaan teliti dan Anna dimasukkan ke Wad pada jam 5.30 petang. Beliau mendapat rawatan sehingga 17 Mac, barulah dibenarkan keluar dari hospital. Keadaannya ketika ini beransur pulih. Walau bagaimanapun bacan darahnya masih belum stabil..ada masa tinggi...rendah. Setiap hari terpaksa makan ubat pills dan suntik insulin. Semoga isteriku cepat sembuh seperti sediakala.