Friday, December 31, 2010

Ulangtahun Perkahwinan ke-32


Majlis pernikahan anak ku Farah Hana dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Tarikh tersebut merupakan tarikh perkahwinan aku dan anna pada 17 Disember 1978. Sempena majlis pernikahan Farah, aku dan Anna juga telah menyambut ulangtahun ke-32 perkahwinan kami. Semoga kehidupan kami akan bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga. Untuk mengingati tarikh tersebut aku dan Anna telah duduk atas pelamin sebagai pengantin lama dan diapit oleh Farah dan Azamy.Add Image

Monday, December 27, 2010

Pertunangan Luqman dengan Faridah

Pada 26 Disember 2010, kami telah ke Batu Pahat kerana menghadiri majlis pertunangan Luqman dan Faridah. Lebih kurang 30 orang telah turut serta dalam rombongan dari KL dengan lapan buah kereta. Majlis diadakan pada jam 12.30 tgh dan berakhir setengah jam kemudian. Selepas itu sebahagian dari kami telah singgah di Air Hitam utk shopping. Macam-macam yang dibeli utk dibawa pulang. Dalam perjalan kami telah terperangkap dengan traffic jam di kawasan Pedas...mungkin kerana peminat bola ingin ke Stadium Bukit Jalil atau orang pulang bercuti setelah Krismas. Kami terpaksa masuk ke Senawang untuk ke lebuhraya Lekas ke Kajang dan seterusnya ke Cheras bagi mengelakkan jam. sampai di rumah jam 8.00 malam ..keletihan.

Thursday, December 23, 2010

Perkahwinan anak ku Farah Hana

Majlis pernikahan Farah dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Aku sendiri telah menikah kedua-duanya di rumah. Majlis kenduri telah diadakan. Pada 18 Disember 2010, Sabtu, majlis perkahwinan diadakan. Ramai jemputan, tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang hadir ---dianggar melebihi 1,500 orang hadir termasuk mereka daripada MQA, EPRD, IPT, SMKTT, Negri Sembilan dan Pahang.

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan mereka yang telah memberi sumbangan, tenaga dan wang ringgit termasuk jiran-jiran yang telah bekerjasama membenarkan kawasan rumah digunakan bagi menjayakan majlis tersebut.

Semoga sumbangan dan kerjasama yang serupa dapat diberikan pada masa hadapan. Dijangka pada bulan Mac 2011 satu lagi majlis perkahwinan akan diadakan ....untuk Luqman.

Sunday, October 31, 2010

Perkahwinan Nurulbahtiah Dan Reunion SMTK

Majlis perkahwinan Nurul dan Farid telah diadakan di Dewan Besar UTM, kampus KL pada 30 Oktober 2010. Ramai saudara mara yang hadir dari Pahang, NS dan sekitar KL . Aku hanya dapat hadir hingga jam 3.00ptg sahaja kerana terpaksa pergi ke Majlis Reunion Bekas Pelajar SM Tengku Kudin Raub di Hotel Putra, Jln. Tun Razak, KL. Seronok dapat berjumpa kembali bengan pelajar-pelajar tahun 1977 - 81 yang kebanyakannya tinggal disekitar KL. Ada juga yang datang dari Pahang (Raub, Bentung & Temerloh), malah terdapat empt bekas pelajar yang datang dari Sarawak. Cikgu Md. Bae dan Cikgu Tajudin juga turut hadir. Ada rancangan supaya satu perjumpaan yang lebih besar akan diadakan di SMTK, Raub pada tahun hadapan. Semoga ianya menjadi kenyataan.

Monday, October 25, 2010

Kebebasan masa

Hari ini genaplah dua minggu aku bersara. Pada mulanya memang terasa juga kesunyian tanpa rakan sekerja. Tetapi, akhir-akhir ini aku merasa seronok pula kerana mendapat kenikmatan dan kebebasan waktu untuk melakukan apa yang aku suka pada bila-bila masa. Aku tak perlu lagi memikirkan trafik jam untuk pergi kerja dan kesibukan kerja. Aku mempunyai banyak masa dan dapat buat apa yang ingin lakukan selama ini. Aku bebas ke mana-mana dan pada bila-bila masa. Minggu lepas aku telah melancung ke Langkawi bersama-sama isteriku yang tercinta. Seronok berada di sana tanpa perlu memikirkan masalah kerja dan sebagainya. Walau bagaimanapun, aku hanya menikmati kebebasan masa tapi tidak kebebasan kewangan. Ketika ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan kedua-duanya sekali iaitu kebebasan masa dan kewangan.

Tuesday, October 12, 2010

Persaraan Wajib

Pada 12 Oktober 2010, genaplah umur ku 58 tahun dan merupakan hari permulaan ku bersara dari MQA dan perkhidmatan kerajaan. Aku telah berkhidmat selama 34 tahun, 3 bulan dan 11 hari (411 bulan) sejak menjadi guru di Sekolah Menengah Tengku Kudin pada 1 Jun 1976, pegawai di Kementerian Pendidikan (1987 - 1998) dan seterusnya di LAN/MQA dari 2 Mei 1998 hingga 11 Oktober 2010. Pada hari akhir aku berkhidmat, satu jamuan perpisahan telah di adakan di MQA. Gembira dan sedih bercampur-baur. Gembira kerana lepas daripada tanggungjawab dan dapat berehat dan sedih meninggalkan MQA dan kawan-kawan. Aku perlu berehat 2-3 minggu sebelum membuat keputusan untuk melakukan sesuatu yang berfaedah bagi memenuhi waktu ku yang akan terluang. Semoga keputusan itu nanti akan membawa kebaikan dan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sunday, October 10, 2010

Majlis Akad Nikah NurulBahtiah

Kami telah hadir majlis pernikahan Nurul di rumah pak anjang pada jam 10.30 pg di rumahnya. Aku dan Abang Din menjadi saksi pernikahan tersebut. Ramai sanak saudara yang hadir termasuk Yah, Norhanizam, Siti Norhayati, Faridah, Atan, Zauyah, Alan, Ida, Jalil, Iza dan lain-lain lagi. Agak meriah juga majlis tersebut kerana ramai jemputan hadir. Aku balik jam 2.00 petang. Faridah, Nor, Jalil & isteri telah datang ke rumah aku selepas itu.

Wednesday, September 29, 2010

Cara Kuasa Harta Abah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana cara kuasa harta aruah abah telah selesai dengan baik dan berjalan lancar tanpa ada salah faham seperti dalam tiga perbicaraan sebelum ini. Semua pihak berpuashati dengan agihan yang aku cadangkan. Setiap ahli keluarga telah menyatakan persetujuan dengan agihan tersebut di depan hakim. Atan mewakili keluarga Abang Aziz. Bagi Abang Napi diwakili oleh Jalil, Faridah dan Norhayati. Sementara itu, 4 orang anak abang Li telah hadir. Kak Sanah, Abang Mad dan Atan anak Abang Li tidak dapat hadir. Selepas selesai kami telah pergi ke bandar Lipis untuk makan-minum.

Sunday, September 19, 2010

Hari ke-10 Syawal

Kami tinggal empat orang saja di rumah. Luqman dah bali ke rumak neneknya di Ampang Campuran. Ikram dah balik ke rumah sewanya. Faiz balik ke UNIKL-BMI Gombak, Qayyum balik ke politeknik Shah Alam dan Dek Min balik ke UNISEL di Bestari Jaya. Tinggalah aku, Anna, Farah dan Azim. Rasa sunyi balik setelah seminggu lebih berhari raya bersama-sama. TYahun ni kami hanya ke Raub, Bentung, Budu, Jerantut dan Kerdau. Kami tak pergi ke Lipis, Kuantan dan K.Pilah seperti tahun-tahun sebelumnya. Penat jalan banyak-banyak tempat. Lagi pun ianya melibatkan kos yang tinggi kerana melibatkan dua kereta (minyak dan tol). Walau bagaimanapun, kami telah berjumpa dengan adik-beradik dan saudara-mara yang patut jumpa.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Edil-Fitri 1431


Pada 1 Syawal 1431 (Jumaat 10 September 2010) kami menyambut Eidil fitri sempena berakhirnya Ramadan. Aku sekeluarga telah menyambutnya dengan penuh gembira. Kami saling bermaaf-maafan dan seterusnya bergambar kenangan.

Lepas tu kami pergi rumah mak di Kg. Ampang Campuran memohon kemaafan dan restu disamping bertemu adik-beradik Anna dan anak2 mereka. Tahun ni kami beraya tanpa Anuar kerana beliau telah pergi lebih dahulu. Walau bagaimanapun, isteri dan anak-anak beliau ada bersama di rumah mak.

Sunday, August 15, 2010

Berbuka Puasa

Aku sungguh seronok pada hari ni (hari ke-5) kerana dapat berbuka puasa dengan isteri dan semua anak-anak ku. Dek Min ada balik bercuti seminggu, Qayyum memang balik tiap hujung minggu, Faez berulang-alik dari rumah sepanjang bulan puasa ni. Farah, Adzhim (tak kerja luar --baru balik dari Kelantan), Ikram (selalau berada di rumah bujang di Pandan Indah) dan Luqman (tinggal di rumah neneknya di Ampang Campuran) juga ada bersama. Makanan berbuka taklah hebat sangat ..cuma mee bandung, roti John dan nasi Arab. Bila makan ramai-ramai tu memang seronok. semoga dapat berkumpul sentiasa untuk berbuka di rumah.

Monday, August 2, 2010

Perkahwinan anak Anuar (Kelang)

Pada 01 Ogos 2010, aku, Anna, Ikram dan Abang Wau telah pergi ke Kelang kerana menghadiri Majlis Perkahwinan anak Anuar (anak Kak Saiman - Kuala Pilah) di Kg. Idaman Kelang. Ramai saudara mara daripada NS yang hadir termasuk Kak Saiman, Ariffin (Seremban), Midah (Simpang Pelangai), Dr. Osman (Seremban) dll. Atan dan isteri serta Zauyah juga turut hadir.

Wednesday, July 28, 2010

Majlis Perkahwinan anak Halim

Pada 24/07/10 kami (Aku, Anna, Dek Min dan Luqman) telah pergi ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Halim di Taman Inderapura, jalan Pekan. Sebelum tu kami telah singgah di rumah Yah dan Kak Sanah.

Selepas majlis tersebut kami telah pergi ke rumah Kak Long (di Sg. Isap). Petangnya kami ke Legend Cherating untuk bersantai. Farah, Faiz, Ikram dan Afian telah datang kemudian untuk turut bersama kami.

Keesokannya kami balik awal kerana aku akan ke Kota baru dengan flight pada jam 6.30 ptg.

Majlis Perkahwinan anak Halim

Pada 24 Julai 2010, kami (aku, Anna, Luqman dan Dek Min) telah pergi ke Kuantan (Taman Inderapura, jalan Pekan) kerana menghadiri majlis Perkahwinan anak Halim (Kamaruzaman Muhammad). Kami juga telah pergi ke rumah Yah dan Kak Sanah sebelum ke rumah Halim.

Lepas menghadiri majlis tersebut kami telah pergi ke rumah Kak Long (di Sg. Isap). Petangnya kami telah pergi ke Legend Cherating bersantai. Ikram, Farah, Faiz dan Afian telah datang ke Cherating untuk turut bersama kami. Kami duduk di Villa A (Bilik 607 - 608).

Kami balik ke KL keesokan harinya(25/07/10) selepas mandi laut dan kolam renang. Kami terpaksa balik awal kerana aku akan ke Kota Baru dengan flight pada jam 6.30 ptg.

Wednesday, July 21, 2010

Ulang tahun Hari lahir Anna

Malam tadi aku, Anna, Luqman, Ikram, Farah, Adzhim dan anak kami yang ke 8 dan 9 (Nurin dan Awa) telah pergi makan malam di sebuah restoran di Jalan Hulu Langat sempena menyambut ulangtahun hari lahir isteriku Anna yang ke 52. Semoga panjang umur, murahkan rezeki dan diberkati Allah.

Sunday, July 11, 2010

Berita Qayyum, Luqman dan Farah

Qayyum juga telah masuk semula ke Politeknik Shah Alam untuk Semester kedua program Kejuruteraan Pengurusan Bangunan.

Luqman baru saja habis peperiksaan semester bagi program Bac. of Business yang diikuti di UKM, Bangi.

Sementara itu, Farah pula telah mendapat keputusan peperiksaan semesternya yang lalu bagi program Bac. of Quantity Survey yang diikutinya di UTM Kampus KL.

Faiz mendaftar di UNIKL - BMI


Pada hari ini 11 Julai 2010 anak ku yang ke-5, Faiz telah mendaftar di UNIKL Kampus BMI untuk mengikuti program Bac. Eng. Technologist in Medical Engineering selama 4 tahun. Walau bagaimanapun, kemungkinan pengecualian dan pemindahan kredit diberikan berasaskan kepada kelayakannya dalam Diploma In Electrical and Electronic Engineering dari Politeknik Shah Alam. Besar harapan ku agar beliau berjaya dalam pengajiannya dan seterusnya dapat meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang pensyarah. Aku harap Faiz dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajarannya supaya mendapat kejayaan cemerlang di akhir pengajian nanti. Aku, Anna, Farah dan Afian telah menghantarnya untuk pendaftaran pada jam 9.00 pagi.

Monday, July 5, 2010

Bersantai di Legend Water Chalet, Port Dickson

Pada 3 -4 Julai, aku dan Anna telah berihat di Legend Water Chalet, PD. Keesokannya, 5/07/10 Faiz dan kawan-kawannya telah datang bersama Farah dan Dek Min. Memang seronok dengan suasana ketenangan di kawasan tersebut. Kami balik petang 04/07/10 dan Faiz balik esoknya.

Wednesday, June 30, 2010

Pertunangan anak Kama dan Mah

Pada 26 Jun 2010, aku dan Anna balik ke Raub kerana menghadiri majlis pertunangan anak Kama dan Mah di Taman Rotan Tunggal, Raub. Ramai saudara mara yang hadir termasuk Kak Sanah dan Pak Itam, Mahmud dan Kak Jal, Abang Din dan lain-lain. Lepas majlis tu kami pergi pula ke Pamah Kulat menghadiri majlis perkahwinan cucu Kak Mah dan seterusnya balik ke Raub menghadiri satu lagi majlis perkahwinan iaitu anak Adnan (bekas office boy SMTK/adik Abu Samah). Kami balik selepas Asar. Malam pula, makan di luar (Luqman belanja) di Taman Melawati.

Sunday, June 27, 2010

Dek Min masuk UNISEL


Pada 20 Jun 2010, aku, Anna dan Faiz telah menghantar Dek Min ke Bestari Jaya untuk mendaftar sebagai pelajar UNISEL bagi mengikuti program Diploma Pendidikan Prasekolah. Program ini mengambil masa selama dua tahun setengah iaitu hingga akhir 2012. Aku harap anak aku ni akan belajar bersungguh-sungguh supaya memperolehi diploma berkenaan dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran di IPT lain untuk peringkat ijazah dalam bidang yang sama. Diharapkan beliau akan menjadi seorang guru yang baik dan berdedikasi pada masa hadapan.

Monday, May 31, 2010

Dek Min masuk Tingkatan 6

Hari ni anak ku yang bongsu, Dek Min telah memasuki tingkatan 6 untuk menyambung pengajiannya. Dia tak berminat buat diploma di IPT. Aku harap dia belajar bersungguh-sungguh kerana cabaran di tingkatan 6 ni lebih kuat untuk selanjutnya memasuki program peringkat ijazah di universiti. Semoga beliau berjaya dalam pengajiannya dan dapat meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang guru?

Wednesday, April 28, 2010

Melancong Sambil Bekerja di Johor

Pada 15 - 17 April 2010, aku, Anna, Faiz dan Dek Min telah ke Johor kerana aku bertugas--- lawatan akreditasi di OUM Kampus Johor. Kami tinggal di Hotel Grand Paragon. Kami telah berjumpa Ani dan keluarga, Cikgu Abas semasa di Johor Baru. Pada hari akhir kami telah pergi ke rumah Tok Embong di Benut dan makan tengahari disitu. Dah petang baru balik.

Saturday, March 20, 2010

Melancong Sambil Bekerja ke Kelantan

Aku, Anna, Luqman, Abang Cik dan Dek Min telah berkunjung ke Kota Bharu pada 12 - 15 Mac 2010 sambil aku melawat UMK untuk penilaian APA. Kami tinggal di Hotel Grand Riverview. Semasa aku melawat UMK, Anna dan anak-anak telah pergi ke Rantau Panjang dan jumpa Normah Mopkhtar. Mereka juga telah pergi ke rumah Nora (anak Kak Rahmah) dan juga pergi ke pasar malam Wakaf Che Yeh. Aku juga telah berjumpa dengan Wan Mohd (Starian65). Kami balik hari Isnin 15.03.10 dan singgah di rumah Abang Din di Raub. Kami sampai di rumah jam 8.00 malam.

Saturday, February 27, 2010

Bersantai di Legend, Cherating, Kuantan




Pada 14 -16 Februari 2010, aku sekeluarga telah pergi bersantai di pantai Cherating, Kuantan. Kami berada di sana selama tiga hari dua malam. Kami juga telah pergi ke Kemaman -- makan keropok lekor di tepi pantai berhampiran INTAN Wilayah Timur. Singgah di rumah Yah di Taman Tas -- makan capati yang original --mak Noor Alam buat. Aku tinggal di Kuantan pada 16/02/10 kerana ada tugas di KIPSAS pada 17/02/10. Lain-lainnya balik ke KL.

Saturday, January 9, 2010

Urusan Jual Beli Tanah

Pada 28 Disember 2009, aku, Mahmud dan Abang Wau telah balik ke Raub kerana urusan jual beli tanha abang Wau di Gali-Jalan Sungai Pasu dan di Budu. Kami bersama Abang Din telah ke Pejabat Tanah kerana urusan tukar nama hak milik. Sementar menunggu, kami juga telah m,enziarah Kama & Mah di Rotan Tunggal.

Pembelian Tanah

Pada 28 Disember 2009, aku, Abang Wau dan Mahmud tealh balik ke Raub kerana urusan penjualan dan pembelian tanah. Bersama Abang Din kami telah ke Pejabat Tanah Raub untuk urusan tukar nama hak milik tanah di Gali - Jalan Sungai Pasu dan juga tanah di Budu. Aku dan Mahmud telah beli tanah Abang Wau.