Monday, June 29, 2009

Pertunangan Luqman Hakim dan Nahwal Aminie


Pada 28 Jun 2009, Ahad, anak ku Luqman Hakim telah selamat ditunangkan dengan Nahwal Aminie dari Parit 7, Sg. Sumun, Bagan Datoh, Perak. Abang Din telah jadi wakil pihak lelaki semasa pertunangan tersebut. Adikberadik kami telah sama-sama pergi ke Sg. Sumun untuk majlis pertunangan. Majlis perkahwinan dijangka akan diadakan pada 7 Mac 2010 dan 13 Mac 2010.

Semoga kedua-duanya dapat mengekalkan pertunangan mereka tarikh perkahwinan dan seterusnya berkahwin pada tarikh yang telah ditetapkan. Ini merupakan pertunangan anak ku yang pertama. Dijangka lepas ini akan dituruti oleh yang lain-lain.

Kemasukan Qayyum ke Tingkatan Enam


Tahniah kepada anakku Qayyum yang telah berjaya memasuki Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Taman Tasik, Ampang. Aku harap beliau belajar bersungguh-sungguh agar berjaya masuk universiti pada tahun 2011 nanti.

Sunday, June 7, 2009

Perkelahan di Taman Negara dan Pulau Tioman


Muhamad Faiz telah mengikuti kumpulan dari Singapura untuk berkelah di Taman Negara selama dua hari mulai Jumaat 5 Jun 2009. Sementara itu, Dzul Ikram pula telah pergi ke Pulau Tioman bersama rakan pejabatnya (Pos Malaysia) pada 5 Jun 2009 hingga 7 Jun 2009.

Tamat Latihan PLKN

Qayyum Adli telah menamatkan latihan PLKN pada hari ini 7 Jun 2009. Aku, Anna dan Luqman menghadiri majlis perbarisan tamat latihan wira dan wirawati PLKN. Majlis dirasmikan oleh Komanden Pusat PLKN tersebut. Diharapkan pengalaman yang diperolehi oleh Qayyum akan dapat membentuk peribadi beliau supaya menjadi seorang remaja yang bersemangat waja dan keperibadian yang unggul. Semoga ia dapat membantunya mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Majlis Merisik Tunang Luqman

Pada 6 Jun 2009, kami telah pergi ke rumah En. Saidon di Lorong 7, Sungai Sumun, Bagan Datuh kerana merisik calon isteri Luqman. Azhar dan Anwar serta isteri masing-masing telah turut serta. Perbincangan telah diadakan antara kedua pihak bagi merundingkan majlis pertunangan dan perkahwinan Luqman Hakim dan Nahwal Amanie. Mesyuarat bersetuju menetapkan Majlis Pertunangan akan diadakan pada 28 Jun 2009 jam 12.00 tengahari.

Monday, June 1, 2009

Perkahwinan anak Faridah


Khirul Fazli Shamsuddin, anak kepada Faridah telah melansungkan pernikahannya pada 30 Mei 2009 di surau Taman Keramat Permai dan majlis perkahwinannya telah diadakan pada 31 Mei di Dewan orang ramai di AU2. Ramai sanak saudara yang hadir termasuk mereka dari Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur/Selangor. Majlis tersebut diadakan serentak bagi kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan. Selepas menitik inai, aku terpaksa bergegas ke Bangi kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kawan ku, Che Embi Zakaria (Starians 65). Di sana juga aku bertemu dengan kawan-kawan ku Starians 65 seperti Rex, Dr. Rosmani, Razali Harun, Mahmud Affandi.