Friday, December 31, 2010

Ulangtahun Perkahwinan ke-32


Majlis pernikahan anak ku Farah Hana dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Tarikh tersebut merupakan tarikh perkahwinan aku dan anna pada 17 Disember 1978. Sempena majlis pernikahan Farah, aku dan Anna juga telah menyambut ulangtahun ke-32 perkahwinan kami. Semoga kehidupan kami akan bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga. Untuk mengingati tarikh tersebut aku dan Anna telah duduk atas pelamin sebagai pengantin lama dan diapit oleh Farah dan Azamy.Add Image

Monday, December 27, 2010

Pertunangan Luqman dengan Faridah

Pada 26 Disember 2010, kami telah ke Batu Pahat kerana menghadiri majlis pertunangan Luqman dan Faridah. Lebih kurang 30 orang telah turut serta dalam rombongan dari KL dengan lapan buah kereta. Majlis diadakan pada jam 12.30 tgh dan berakhir setengah jam kemudian. Selepas itu sebahagian dari kami telah singgah di Air Hitam utk shopping. Macam-macam yang dibeli utk dibawa pulang. Dalam perjalan kami telah terperangkap dengan traffic jam di kawasan Pedas...mungkin kerana peminat bola ingin ke Stadium Bukit Jalil atau orang pulang bercuti setelah Krismas. Kami terpaksa masuk ke Senawang untuk ke lebuhraya Lekas ke Kajang dan seterusnya ke Cheras bagi mengelakkan jam. sampai di rumah jam 8.00 malam ..keletihan.

Thursday, December 23, 2010

Perkahwinan anak ku Farah Hana

Majlis pernikahan Farah dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Aku sendiri telah menikah kedua-duanya di rumah. Majlis kenduri telah diadakan. Pada 18 Disember 2010, Sabtu, majlis perkahwinan diadakan. Ramai jemputan, tetamu, saudara mara dan sahabat handai yang hadir ---dianggar melebihi 1,500 orang hadir termasuk mereka daripada MQA, EPRD, IPT, SMKTT, Negri Sembilan dan Pahang.

Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada semua yang hadir dan mereka yang telah memberi sumbangan, tenaga dan wang ringgit termasuk jiran-jiran yang telah bekerjasama membenarkan kawasan rumah digunakan bagi menjayakan majlis tersebut.

Semoga sumbangan dan kerjasama yang serupa dapat diberikan pada masa hadapan. Dijangka pada bulan Mac 2011 satu lagi majlis perkahwinan akan diadakan ....untuk Luqman.