Wednesday, September 29, 2010

Cara Kuasa Harta Abah

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana cara kuasa harta aruah abah telah selesai dengan baik dan berjalan lancar tanpa ada salah faham seperti dalam tiga perbicaraan sebelum ini. Semua pihak berpuashati dengan agihan yang aku cadangkan. Setiap ahli keluarga telah menyatakan persetujuan dengan agihan tersebut di depan hakim. Atan mewakili keluarga Abang Aziz. Bagi Abang Napi diwakili oleh Jalil, Faridah dan Norhayati. Sementara itu, 4 orang anak abang Li telah hadir. Kak Sanah, Abang Mad dan Atan anak Abang Li tidak dapat hadir. Selepas selesai kami telah pergi ke bandar Lipis untuk makan-minum.

Sunday, September 19, 2010

Hari ke-10 Syawal

Kami tinggal empat orang saja di rumah. Luqman dah bali ke rumak neneknya di Ampang Campuran. Ikram dah balik ke rumah sewanya. Faiz balik ke UNIKL-BMI Gombak, Qayyum balik ke politeknik Shah Alam dan Dek Min balik ke UNISEL di Bestari Jaya. Tinggalah aku, Anna, Farah dan Azim. Rasa sunyi balik setelah seminggu lebih berhari raya bersama-sama. TYahun ni kami hanya ke Raub, Bentung, Budu, Jerantut dan Kerdau. Kami tak pergi ke Lipis, Kuantan dan K.Pilah seperti tahun-tahun sebelumnya. Penat jalan banyak-banyak tempat. Lagi pun ianya melibatkan kos yang tinggi kerana melibatkan dua kereta (minyak dan tol). Walau bagaimanapun, kami telah berjumpa dengan adik-beradik dan saudara-mara yang patut jumpa.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Edil-Fitri 1431


Pada 1 Syawal 1431 (Jumaat 10 September 2010) kami menyambut Eidil fitri sempena berakhirnya Ramadan. Aku sekeluarga telah menyambutnya dengan penuh gembira. Kami saling bermaaf-maafan dan seterusnya bergambar kenangan.

Lepas tu kami pergi rumah mak di Kg. Ampang Campuran memohon kemaafan dan restu disamping bertemu adik-beradik Anna dan anak2 mereka. Tahun ni kami beraya tanpa Anuar kerana beliau telah pergi lebih dahulu. Walau bagaimanapun, isteri dan anak-anak beliau ada bersama di rumah mak.