Thursday, March 19, 2009

Program PLKN

Pada 19 Mac 2009 aku telah bercuti kerana menghantar anak ku yang ke-6 Qayyum Adli mengikuti program PLKN selama 3 bulan di Kem Putra-Putri, Alor Gajah, Melaka. Pelatih-pelatih PLKN telah diminta mendaftarkan diri di "Park and Ride' Putrajaya pada jam 9.30 pagi. Ramai ibu bapa dan sanak saudara daripada berbagai tempat di Selangor dan KL yang telah menghantar anak masing-masing mendaftarkan diri. Aku, isteriku dan anak ke-5 ku, Faiz telah sampai di tempat pendaftaran tersebut pada jam 8.30 pagi. Orang telah ramai berada di tempat tersebut. walau bagaimana semua proses pendaftaran berjalan lancar. Pada jam 9.45 pagi bas telah bergerak keluar daripada tempat pendaftaran menuju ke destinasinya.

Semoga anak ku akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan menyedari tentang masa depannya serta menjadi insan yang baik setelah kembali daripada progrm tersebut..

Monday, March 9, 2009

Adik beradik ku

Dari kiri-- Muhammad, Abdul Aziz, Mohd Hanafiah, Ghazali, Siti Hasanah, Baharuddin, Burhanuddin, Mahmud Mahayuddin, Badaruzaman dan Seripah Badariah (gambar ini diambil pada tahun Disember 1977 sempena perkahwinan Seripah Badariah dengan Noor Alam di rumah bonda di Jalan Sungai Pasu, Kg. Gali Hilir, Raub, Pahang).

Perkahwinan

Pada 08 Mac 2009, aku telah menghadiri satu majlis perkahwinan anak Halim (Kamaruzaman) yang bernama Ahmad Khomeini dengan seorang gadis dari Kuang, Selangor. Ramai saudara mara yang hadir termasuk keluarga daripada Negri Sembilan, Kuala Lumpur, Raub dan Kuala Lipis. Mereka terdiri daripada Abang Muhammad dan isteri, Abang Bakar, Abang Bador, anak-anak Abang Ya (NS), Atan(KL), Abang Din(Raub), Abang Mahmud (KL), Kak Hasnah, Yah (Kuantan), anak-anak Abang Muhamad, Roslan, Baharuddin dan Mukhtar (Juasih,NS), Wok & Zakaria, Faridah & Am (anak Abang Hanafi) dan lain-lain yang terlalu banyak untuk dicatatkan.

Warisan

Assalamualaikum,

Ku bentuk blog ini sebagai satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara ahli keluarga ku supaya dapat berkenal-kenalan dan berhubung antara satu sama lain. Ia juga diharapkan menjadi satu diari yang mencatatkan aktiviti dan perkembangan ahli keluarga. Di samping itu, blog ini juga akan menjadi rujukan semua ahli keluarga untuk mengetahui salasilah warisan keluarga. Semoga, semua ahli keluarga dapat mengemaskini maklumat mereka dari semasa ke semasa untuk makluman semua.