Thursday, December 17, 2009

Ulangtahun Pernikahan aku dan Anna




Kami menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke-31 pada hari ini 16-17 Disember 2009. Satu majlis makan malam diadakan di Restoran Nelayan, Taman Tasek Titiwangsa selepas Isya' pada 17 Disember 2009. Majlis ini hanyalah majlis anak-beranak sahaja. Kesemua anak ku hadir.

Pertunangan Farah Hana




Majlis pertunangan anak ku Farah Hana dengan Emi (dari Banting) telah diadakan pada hari Sabtu 12 Disember 2009. Ramai tetamu dan saudara-mara yang hadir (lebih kurang 200 orang). Majlis bermula pada jam 11.30 pagi dengan bacaan Yasin dan Tahlil serta doa selamat untuk ibu mertua ku dan adik ipar ku yang akan melaksanakan umrah pada 21 Disember 2009n. Majlis pertunangan telah diadakan pada jam 4 petang kerana keluarga lelaki lewat sampai. Walau bagaimanapun, majlis telah berjalan dengan baik dan suasana mesra. Pertunangan itu adalah selama setahun dan dijangka majlis pernikahan akan diadakan pada bulan 12 Disember 2010.

Monday, October 5, 2009

Majlis Pertunangan Nurulbahtiah

Pada 26 September 2009, telah berlangsung majlis pertunangan Nurul Bahtiah Mahmud Mahayuddin dengan jejaka pilihannya di Taman Keramat. Ramai saudara mara yang hadir termasuk abang Din, Yah, Faridah, Nor, Atan, Zauyah dan lain-lain telah turut hadir. Abang Din telah jadi jurubicara di pihak Nurul. majlis berakhir dengan jamuan makan tengahari.

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Eidil Fitri


Pada tahun ini, hari raya disambut meriah kami sekeluarga. Semua ahli keluarga telah dapat berkumpul di rumah mak di Ampang Campuran. Kami telah bergambar beramai-ramai.

Selamat Hari Raya Eidil Fitri




Hari raya tahun ini disambut dengan meriah. Semua ahli keluarga telah berkumpul di rumah mak di Ampang Campuran. Kami sekeluarga telah bergambar beramai-ramai.

Thursday, July 30, 2009

Cara Kuasa Harta Allahyarham Abahku

Pada 30 Julai 2009, Khamis, majlis carakuasa harta Allahyarham abahku telah diadakan dipejabat carakuasa daerah Lipis. Kesemua kami enam beradik telah hadir. Abang Mad tak dapat datang tapi bersetuju dengan semua keputusan. Wok telah mewakili keluarga Allahyarham Abang Aziz, Faridah dan Noor mewakili keluarga Allahyarham Abang Nafi dan Badrul mewakili Allahyarham Abang Li. Isteriku Anna, Zakaria, Nor Alam dan Kak Jalimah turut hadir. Akhirnya semua telah bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Sebarang bantahan boleh dibuat dalam masa 14 hari.

Lepas semuanya selesai, kami telah lunch di R&R Benta --- Noor belanja. Balik ke KL jam 4.30 petang dan sampai jam 6.00 petang.

Sambutan Hari Lahir Anna


Pada 21 Julai 2009, isteriku Anna telah menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke-51. Kami sekeluarga telah menyambut tarikh tersebut dengan upacara potong kek di rumah dan dinner di restoran di jalan ke Hulu Langat. Nurin dan Awa turut serta semasa potong kek. Semasa dinner pada hari Sabtu, Nahwal juga turut hadir.

Sunday, July 19, 2009

Perkahwinan Cucunda Abang Mohammed


Pada 18 Julai 2009, cucunda abang Mad, Syarifah Hidayah (anak Maznun) telah melangsungkan perkahwinannya dengan Ahmad Faisal (askar) di Taman Sepakat, Kuantan. Perkahwinan tersebut telah dihadiri oleh ramai sanak saudara jauh dan dekat.

Kami tujuh beradik telah mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan di majlis tersebut (Abang Mad, Kak Sanah, Abang Wau, Abang Din, Abang Mahmud, aku dan Yah). Semoga dapat bertemu kembali di lain masa dalam majlis yang lain pula.

Abang Din juga telah ambil kesempatan untuk mengedar surat jemputan untuk cara kuasa pada 30 Julai 2009 ini di Lipis.

Saturday, July 11, 2009

Kemasukan anakku Farah ke program Bac. in Quantity Survey


Alhamdulillah, aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana anakku, Farah Hana telah diterima masuk ke program Bac in QS di UTM kampus KL sebagai pelajar separuh masa (sambilan). Farah telah mendaftar di kampus induk UTM di JB. Kami sekeluarga telah menghantarnya untuk pendaftaran pada 13 Jun lalu.

Pada 11 Julai 2009, kuliahnya yang pertama menumpang di kampus KLMU, Danau Kota (UTM kampus kota sedang direnovate). Kami sekeluarga mendoakan semoga beliau tabah menghadapi segala cabaran semasa belajar dan berjaya memperolehi ijazah dalam beberapa tahun terdekat ini.

Kemasukan Farah ke program Bac. in Quantity Survey

Pada13 Jun 2009, anakku Farah Hana telah mendaftar di UTM Johor Baru untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam Quantity Survey di Kampus UTM, KL. Kami sekkelaurga telah menghantarnya ke JB.


Pada 11 Julai 2009, beliau telah mengikuti kuliahnya yang pertama di Danau Kota (menumpang kampus KLMU) kerana kampus UTM sedang direnovate. Aku harapkan beliau akan terus belajar hingga mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang QS yang berjaya satu hari nanti.


Aku mohon kepadamu Ya Allah agar anakku mencapai kejayaan dalam pelajarannya. Aku harap beliau dapat bersabar menghadapi segala cabaran semasa mengikuti program tersebut.


Monday, June 29, 2009

Pertunangan Luqman Hakim dan Nahwal Aminie


Pada 28 Jun 2009, Ahad, anak ku Luqman Hakim telah selamat ditunangkan dengan Nahwal Aminie dari Parit 7, Sg. Sumun, Bagan Datoh, Perak. Abang Din telah jadi wakil pihak lelaki semasa pertunangan tersebut. Adikberadik kami telah sama-sama pergi ke Sg. Sumun untuk majlis pertunangan. Majlis perkahwinan dijangka akan diadakan pada 7 Mac 2010 dan 13 Mac 2010.

Semoga kedua-duanya dapat mengekalkan pertunangan mereka tarikh perkahwinan dan seterusnya berkahwin pada tarikh yang telah ditetapkan. Ini merupakan pertunangan anak ku yang pertama. Dijangka lepas ini akan dituruti oleh yang lain-lain.

Kemasukan Qayyum ke Tingkatan Enam


Tahniah kepada anakku Qayyum yang telah berjaya memasuki Tingkatan Enam di Sekolah Menengah Taman Tasik, Ampang. Aku harap beliau belajar bersungguh-sungguh agar berjaya masuk universiti pada tahun 2011 nanti.

Sunday, June 7, 2009

Perkelahan di Taman Negara dan Pulau Tioman


Muhamad Faiz telah mengikuti kumpulan dari Singapura untuk berkelah di Taman Negara selama dua hari mulai Jumaat 5 Jun 2009. Sementara itu, Dzul Ikram pula telah pergi ke Pulau Tioman bersama rakan pejabatnya (Pos Malaysia) pada 5 Jun 2009 hingga 7 Jun 2009.

Tamat Latihan PLKN

Qayyum Adli telah menamatkan latihan PLKN pada hari ini 7 Jun 2009. Aku, Anna dan Luqman menghadiri majlis perbarisan tamat latihan wira dan wirawati PLKN. Majlis dirasmikan oleh Komanden Pusat PLKN tersebut. Diharapkan pengalaman yang diperolehi oleh Qayyum akan dapat membentuk peribadi beliau supaya menjadi seorang remaja yang bersemangat waja dan keperibadian yang unggul. Semoga ia dapat membantunya mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Majlis Merisik Tunang Luqman

Pada 6 Jun 2009, kami telah pergi ke rumah En. Saidon di Lorong 7, Sungai Sumun, Bagan Datuh kerana merisik calon isteri Luqman. Azhar dan Anwar serta isteri masing-masing telah turut serta. Perbincangan telah diadakan antara kedua pihak bagi merundingkan majlis pertunangan dan perkahwinan Luqman Hakim dan Nahwal Amanie. Mesyuarat bersetuju menetapkan Majlis Pertunangan akan diadakan pada 28 Jun 2009 jam 12.00 tengahari.

Monday, June 1, 2009

Perkahwinan anak Faridah


Khirul Fazli Shamsuddin, anak kepada Faridah telah melansungkan pernikahannya pada 30 Mei 2009 di surau Taman Keramat Permai dan majlis perkahwinannya telah diadakan pada 31 Mei di Dewan orang ramai di AU2. Ramai sanak saudara yang hadir termasuk mereka dari Negeri Sembilan, Pahang dan Kuala Lumpur/Selangor. Majlis tersebut diadakan serentak bagi kedua-dua pihak pengantin lelaki dan perempuan. Selepas menitik inai, aku terpaksa bergegas ke Bangi kerana menghadiri majlis perkahwinan anak kawan ku, Che Embi Zakaria (Starians 65). Di sana juga aku bertemu dengan kawan-kawan ku Starians 65 seperti Rex, Dr. Rosmani, Razali Harun, Mahmud Affandi.

Thursday, May 14, 2009

Qayyum layak ke Tingkatan Enam

Anak ku Qayyum Adli telah ditawarkan untuk masuk ke Tingkatan 6 di SMKTT. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberi peluang kepada anakku untuk terus belajar. Beliau terpaksa menangguhkan pendaftarannya kerana sedang mengikuti program PLKN di Melaka. Menjadi harapan ku agar anak ku belajar bersungguh-sungguh dan berjaya masuk universiti selepas Tingkatan 6 ini.

Pemergian Kak Saudah

Pada 12 Mei 2009, Kak Saudah, isteri kepada abang Mohd. telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam. Beliau telah dibawa ke hospital Kuantan beberapa hari sebelum itu. Saya dan isteri telah datang melawatnya pada 11 Mei 2009. ketika itu beliau dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. Ramai saudara mara jauh dan dekat hadir menziarahinya.

Pada 13 Mei 2009, jam 7.00 pagi saya, isteri dan Luqman telah pergi Ke Kuantan. Sebaik tiba di rumah abang Mohd., kami dapati jenazah telah selamat disembahyangkan dan sedia untuk dibawa ke kubur. Jenazah telah selamat dikebumikan di Kubur Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Saya pulang ke KL setelah selesai.

Semasa perjalanan ke Kuantan, kami telah disaman oleh pihak polis trafik kerana memandu laju. Ketika itu Luqman yang sedang memandu. Yang hairannya, saman itu tidak menyatakan dendanya tapi meminta pemandu hadir ke Mahkamah Majestret Maran pada 8.30 pagi 14 Julai 2009.

Thursday, March 19, 2009

Program PLKN

Pada 19 Mac 2009 aku telah bercuti kerana menghantar anak ku yang ke-6 Qayyum Adli mengikuti program PLKN selama 3 bulan di Kem Putra-Putri, Alor Gajah, Melaka. Pelatih-pelatih PLKN telah diminta mendaftarkan diri di "Park and Ride' Putrajaya pada jam 9.30 pagi. Ramai ibu bapa dan sanak saudara daripada berbagai tempat di Selangor dan KL yang telah menghantar anak masing-masing mendaftarkan diri. Aku, isteriku dan anak ke-5 ku, Faiz telah sampai di tempat pendaftaran tersebut pada jam 8.30 pagi. Orang telah ramai berada di tempat tersebut. walau bagaimana semua proses pendaftaran berjalan lancar. Pada jam 9.45 pagi bas telah bergerak keluar daripada tempat pendaftaran menuju ke destinasinya.

Semoga anak ku akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan menyedari tentang masa depannya serta menjadi insan yang baik setelah kembali daripada progrm tersebut..

Monday, March 9, 2009

Adik beradik ku

Dari kiri-- Muhammad, Abdul Aziz, Mohd Hanafiah, Ghazali, Siti Hasanah, Baharuddin, Burhanuddin, Mahmud Mahayuddin, Badaruzaman dan Seripah Badariah (gambar ini diambil pada tahun Disember 1977 sempena perkahwinan Seripah Badariah dengan Noor Alam di rumah bonda di Jalan Sungai Pasu, Kg. Gali Hilir, Raub, Pahang).

Perkahwinan

Pada 08 Mac 2009, aku telah menghadiri satu majlis perkahwinan anak Halim (Kamaruzaman) yang bernama Ahmad Khomeini dengan seorang gadis dari Kuang, Selangor. Ramai saudara mara yang hadir termasuk keluarga daripada Negri Sembilan, Kuala Lumpur, Raub dan Kuala Lipis. Mereka terdiri daripada Abang Muhammad dan isteri, Abang Bakar, Abang Bador, anak-anak Abang Ya (NS), Atan(KL), Abang Din(Raub), Abang Mahmud (KL), Kak Hasnah, Yah (Kuantan), anak-anak Abang Muhamad, Roslan, Baharuddin dan Mukhtar (Juasih,NS), Wok & Zakaria, Faridah & Am (anak Abang Hanafi) dan lain-lain yang terlalu banyak untuk dicatatkan.

Warisan

Assalamualaikum,

Ku bentuk blog ini sebagai satu usaha untuk mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara ahli keluarga ku supaya dapat berkenal-kenalan dan berhubung antara satu sama lain. Ia juga diharapkan menjadi satu diari yang mencatatkan aktiviti dan perkembangan ahli keluarga. Di samping itu, blog ini juga akan menjadi rujukan semua ahli keluarga untuk mengetahui salasilah warisan keluarga. Semoga, semua ahli keluarga dapat mengemaskini maklumat mereka dari semasa ke semasa untuk makluman semua.