Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Raya Eidil Fitri




Hari raya tahun ini disambut dengan meriah. Semua ahli keluarga telah berkumpul di rumah mak di Ampang Campuran. Kami sekeluarga telah bergambar beramai-ramai.

Thursday, July 30, 2009

Cara Kuasa Harta Allahyarham Abahku

Pada 30 Julai 2009, Khamis, majlis carakuasa harta Allahyarham abahku telah diadakan dipejabat carakuasa daerah Lipis. Kesemua kami enam beradik telah hadir. Abang Mad tak dapat datang tapi bersetuju dengan semua keputusan. Wok telah mewakili keluarga Allahyarham Abang Aziz, Faridah dan Noor mewakili keluarga Allahyarham Abang Nafi dan Badrul mewakili Allahyarham Abang Li. Isteriku Anna, Zakaria, Nor Alam dan Kak Jalimah turut hadir. Akhirnya semua telah bersetuju dengan cadangan yang telah dikemukakan. Sebarang bantahan boleh dibuat dalam masa 14 hari.

Lepas semuanya selesai, kami telah lunch di R&R Benta --- Noor belanja. Balik ke KL jam 4.30 petang dan sampai jam 6.00 petang.

Sambutan Hari Lahir Anna


Pada 21 Julai 2009, isteriku Anna telah menyambut ulangtahun hari lahirnya yang ke-51. Kami sekeluarga telah menyambut tarikh tersebut dengan upacara potong kek di rumah dan dinner di restoran di jalan ke Hulu Langat. Nurin dan Awa turut serta semasa potong kek. Semasa dinner pada hari Sabtu, Nahwal juga turut hadir.

Sunday, July 19, 2009

Perkahwinan Cucunda Abang Mohammed


Pada 18 Julai 2009, cucunda abang Mad, Syarifah Hidayah (anak Maznun) telah melangsungkan perkahwinannya dengan Ahmad Faisal (askar) di Taman Sepakat, Kuantan. Perkahwinan tersebut telah dihadiri oleh ramai sanak saudara jauh dan dekat.

Kami tujuh beradik telah mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan di majlis tersebut (Abang Mad, Kak Sanah, Abang Wau, Abang Din, Abang Mahmud, aku dan Yah). Semoga dapat bertemu kembali di lain masa dalam majlis yang lain pula.

Abang Din juga telah ambil kesempatan untuk mengedar surat jemputan untuk cara kuasa pada 30 Julai 2009 ini di Lipis.

Saturday, July 11, 2009

Kemasukan anakku Farah ke program Bac. in Quantity Survey


Alhamdulillah, aku bersyukur kepada mu Ya Allah kerana anakku, Farah Hana telah diterima masuk ke program Bac in QS di UTM kampus KL sebagai pelajar separuh masa (sambilan). Farah telah mendaftar di kampus induk UTM di JB. Kami sekeluarga telah menghantarnya untuk pendaftaran pada 13 Jun lalu.

Pada 11 Julai 2009, kuliahnya yang pertama menumpang di kampus KLMU, Danau Kota (UTM kampus kota sedang direnovate). Kami sekeluarga mendoakan semoga beliau tabah menghadapi segala cabaran semasa belajar dan berjaya memperolehi ijazah dalam beberapa tahun terdekat ini.

Kemasukan Farah ke program Bac. in Quantity Survey

Pada13 Jun 2009, anakku Farah Hana telah mendaftar di UTM Johor Baru untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda dalam Quantity Survey di Kampus UTM, KL. Kami sekkelaurga telah menghantarnya ke JB.


Pada 11 Julai 2009, beliau telah mengikuti kuliahnya yang pertama di Danau Kota (menumpang kampus KLMU) kerana kampus UTM sedang direnovate. Aku harapkan beliau akan terus belajar hingga mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang QS yang berjaya satu hari nanti.


Aku mohon kepadamu Ya Allah agar anakku mencapai kejayaan dalam pelajarannya. Aku harap beliau dapat bersabar menghadapi segala cabaran semasa mengikuti program tersebut.


Monday, June 29, 2009

Pertunangan Luqman Hakim dan Nahwal Aminie


Pada 28 Jun 2009, Ahad, anak ku Luqman Hakim telah selamat ditunangkan dengan Nahwal Aminie dari Parit 7, Sg. Sumun, Bagan Datoh, Perak. Abang Din telah jadi wakil pihak lelaki semasa pertunangan tersebut. Adikberadik kami telah sama-sama pergi ke Sg. Sumun untuk majlis pertunangan. Majlis perkahwinan dijangka akan diadakan pada 7 Mac 2010 dan 13 Mac 2010.

Semoga kedua-duanya dapat mengekalkan pertunangan mereka tarikh perkahwinan dan seterusnya berkahwin pada tarikh yang telah ditetapkan. Ini merupakan pertunangan anak ku yang pertama. Dijangka lepas ini akan dituruti oleh yang lain-lain.