Wednesday, June 22, 2011
Pembedahan mata kali kedua
Pada 22 Jun 2011, Anna sekali lagi telah menjalani pembedahan mata...sebelah kanan. Operatio tersebut telah berjalan lancar...tiada komplikasi. Anna perlu berehat selama 2 minggu daripada memasak dan kerja-kerja berat, membongkok dan sebagainya. Terpaksalah kami menderita dua minggu ...tak dapat makan sedap. Mujur ada Dek Min yang jadi tukang masak sementara...ok lah. Mata kiri Anna dah ok dan penglihatannya telah pulih seperti sediakala. Alhamdulillah. diharapkan pembedahan kedua ini akan memulihkan pula penglihatan mata kanannya. Insya'Allah.
Monday, May 23, 2011
Pembedahan Mata
Pada 11 Mei 2011, isteri ku telah menjalani pembedahan mata kiri di Hospital Mata Tun Hussein Onn, PJ untuk membuang katarak dan menukar lensa bagi mengatasi masalah kekaburan matanya akibat daripada penyakit kencing manis yang dihidapinya. Alhamdulillah, pembedahan itu berjaya dilaksanakan dan memberi kesan yang positif....pemandanganya hampir pulih. Walau bagaimanapun, mungkin bulan hadapan Anna akan menjalani satu lagi pembedahan untuk mata kanan bagi memulihkan sepenuhnya penglihatan beliau. Semoga pembedahan kedua ini juga berjaya dilaksanakan.
Friday, May 6, 2011
Pegawai Kontrak di MQA
Pada 3 Mei 2011 (Selasa) aku melaporkan diri di MQA sebagai seorang pegawai kontrak untuk tempoh 7 bulan (hingga 2 Disember 2011). Aku telah diberikan tugas untuk menyiapkan satu kajian bertajuk "Keberkesanan Pelaksanaan Mata Pelajaran Wajib di IPTS". Terpaksalah aku menyesuaikan diri semula sebagai seorang pekerja di agensi kerajaan.....mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Aku rasa macam bertugas semula setelah bercuti selama 6 bulan sejak 12 Oktober 2010.....dah jadi macam biasa balik...seperti dulu. Cuma, kini aku kerja seorang diri tanpa ada lagi pegawai dan staf lain sebagai anak buah. Buat sementara ni aku menumpang bilik aku yang lama..masih kosong...tidak terusik sepertimana semasa ditinggalkan pada 11 Oktober 2010.
Wednesday, April 13, 2011
Umrah di Mekah
Aku dan Anna telah pergi ke Mekah mengerjakan umrah dan ziarah di Madinah pada 2 April 2011 hingga 12 April 2011. Kami bertolak dari KLIA ke Jeddah dengan flight MAS jam 10.00 malam. Tiba di Jeddah jam 7.00 pg dan terus menaiki bas menuju Madinah. Sampai di Madinah waktu zohor dan tinggal di Hotel Movernpik selama 2 malam. Pada 5 April 2011 kami menaiki bas menuju Mekah. Singgah di Masjid Ben Ali untuk niat umrah dan terus ke Mekah. Kami kerjakan umrah pertama jam 12.00 mlm dan berakhir lebihkurang jam 3.00 pagi. Kami tinggal di Mekah hingga 11 April 2011. Semasa di Mekah kami dapat laksanakan 4 kali umrah dan 3 kalitawaf sunat dan wada'. disamping itu kami juga menziarahi Jabal Thur, Jabal Rahmah, Masjid di Jakranah, Tanaim, Hudaibiah dan Qibalatain. Sungguh seronok dapat mengerjakan umrah bersama-sama dengan jemaah lain dari berbagai negara seperti Indonesia, Pakistan, Turki dan negara2 Arab. Sungguh ramai jemaah mengerjakan umrah seperti musim haji. Insya'Allah, kami akan datang lagi untuk mengerjakan umrah.
Wednesday, March 23, 2011
Perkahwinan Luqman dan Faridah
Anak sulung ku, Luqman telah selamat diijabkabul dengan Faridah di Batu Pahat, Johor pada 13 Mac 2011 (hari ulangtahun kelahiran beliau). Majlis perkahwinan telah diadakan di Kg. Solok Wan Moh, B.Pahat. Majlis menyambut menantu pula diadakan pada 19 Mac 2011 (Sabtu) di rumah ku di Ampang. Ramai sanak saudara, sahabat handai dan rakan tolan yang hadir meraikan majlis tersebut. Semoga mereka berdua suami isteri berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Anna di Hospital Ampang
Pada 8 Mac 2011, isteriku Anna telah dimasukkan ke Hospital Ampang (Wad 6C) kerana mengidap penyakit kecing manis yang serius. Sebelum ke hospital aku telah bawa Anna ke klinik Dr. Makmur, dimana doktor bertugas mengarahkan untuk dibawa ke hospital segera. Pihak hospital telah membuat pemeriksaan teliti dan Anna dimasukkan ke Wad pada jam 5.30 petang. Beliau mendapat rawatan sehingga 17 Mac, barulah dibenarkan keluar dari hospital. Keadaannya ketika ini beransur pulih. Walau bagaimanapun bacan darahnya masih belum stabil..ada masa tinggi...rendah. Setiap hari terpaksa makan ubat pills dan suntik insulin. Semoga isteriku cepat sembuh seperti sediakala.
Friday, December 31, 2010
Ulangtahun Perkahwinan ke-32

Majlis pernikahan anak ku Farah Hana dan Azamy telah diadakan pada 17 Disember 2010. Tarikh tersebut merupakan tarikh perkahwinan aku dan anna pada 17 Disember 1978. Sempena majlis pernikahan Farah, aku dan Anna juga telah menyambut ulangtahun ke-32 perkahwinan kami. Semoga kehidupan kami akan bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga. Untuk mengingati tarikh tersebut aku dan Anna telah duduk atas pelamin sebagai pengantin lama dan diapit oleh Farah dan Azamy.
Subscribe to:
Posts (Atom)