Thursday, November 10, 2011
Hari Raya Eidul Adha 1432
Semua ahli keluarga ku berada di rumah pada hari raya haji (termasuk dua orang menantu).Kami telah pergi ke rumah mak di Ampang Campuran dan rumah Pak Anjang di Taman Keramat.
Monday, October 31, 2011
Bulan Ulangtahun Kelahiran
Bulan Oktober ini merupakan bulan yang paling banyak menyambut ulang tahun kelahiran ahli keluarga. Ianya dimulai oleh Farahana pada 6 Oktober (27 tahun), diikuti oleh diri ku pada 12 Oktober (59 tahun). Seterusnya Dek Min pada 21 Oktober (19 tahun) dan Qayyum pada 30 Oktober (20 tahun). Pada 4 November pula adalah ulangtahun kelahiran Azim (26 tahun).
Sunday, September 4, 2011
Sambutan Eidul Fitri
Raya pertama - di rumah mak di Ampang Campuran dan K.Pilah (Abang Bakar dan abang Ya)
Raya kedua - di rumah Zauyah (Taman Sepakat), Faridah (Taman Berlian) dan Kak Rahmah (Taman Koperasi Polis)
Raya ketiga - di Kuantan (rumah Yah, Kak Sanah, Abang Mat, Kak Long dan Zainal) dan Temerloh (rumah Ngah Ti)
Raya keempat - di Raub (rumah Mi, Aman Jah, ateh Sharin, abang Din, Kama dan Idrus)
Raya kelima - di Kuala Lipis (rumah Kak Engku, Pak Andak Bostamam, Cu Lijah, Teh Mah dan Tam Sabri)
Raya keenam - di rumah....meraikan Abang Mahmud dan anak2 dan cucunya serta Noorhanizam dan anak2 juga Suffian. Ina (Alifi) dan anak2 juga turut datang.
Tuesday, August 30, 2011
Selamat Hari Raya Eidul Fitri
Alhamdulillah, bersyukur ke hadarat Illahi kerana dipanjangkan umur dan berpeluang menunaikan puasa Ramadhan dan menyambut Eidul Fitri Al-Mubarak. Inilah kali pertama kami menyambutnya tanpa dua anak yang sudah berkahwin disamping kami. Luqman berhari raya di rumah mentuanya di Batu Pahat dan Farah pula di rumah mentuanya di Banting. Tinggallah kami 7 orang sahaja. Selepas mengunjugi mak di Ampang Campuran, kami telah berkunjung ke Kg. Tengah dan Kg. Gamin K.Pilah untuk berhari raya dengan saudara mara di sana.
Tuesday, August 16, 2011
Ulangtahun ke 23 pemergian bonda ku yang tercinta
Pada pagi subuh 17 Ramadhan 1408 sempena Nuzul Quran, bondaku telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya. Beliau telah kembali kerahmatullah pada usia 67 tahun. Bonda telah ku bawa ke KL untuk melihat anak ku yang ke-5 (Muhammad Faiz) yang dilahirkan pada 1 Ramadhan 1408. Pemergiannya amat mengejutkan sekali dan masih terasa hingga ke hari ini. Jenazah bonda ku telah di bawa ke kampung dan disemadikan di tanah perkuburan Dong, Raub. Semoga roh nya diampuni Allah dan sentiasa dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan bersama-sama mukiminin-mukminat dan solihin-solihat. Al-Fatihah.......Amin.
Sunday, July 3, 2011
Innalillahi wainaillaihi rajiun....Al-Fatihah
Pada hari Isnin 27 Jun 2011, cucu ku dalam kandungan ibunya Farah Hana telah disahkan meninggal dunia oleh doktor Hospital Ampang. Ketika meninggal, cucu ku sudah pun memasuki bulan ke-7 dalam kandungan ibunya. Farah telah dimasukkan ke hospital pada hari Isnin sehinggalah jenazah cucu ku dilahirkan ke dunia pada hari Sabtu, 2 Julai 2011, jam 2.30 pg. Jenazah cucu ku telah dimandi dan dikafankan sebelum dibawa pulang ke rumah jam 5.00 pg. Urusan solat jenazah dilaksanakan di Masjid Ubudiah pada jam 10.30 pg dan selamat dikebumikan pada jam 12.00 tengahari. Sebelah malam telah diadakan majlis baca Yassin, tahlil dan bacaan doa selamat. Farah telah keluar dari Hospital Ampang pada jam 3.30 ptg. Al-Fatihah ......semoga roh cucu ku dirahmati Allah..........Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
